Tuesday, 19 January 2021
Luahan hati seorang adik
Hari ni aku rasa stress sangat. Pagi2 kakak kol suruh ambik dekat lrt hantar dia gi keje. Tiap2 Hari kena hantar dia. Aku pon nak siap pergi kerja jugak. Pagi2 taknak terkejar-kejar pergi keje nanti. Bukan nak berkira tapi masa aku belajar susah betul nak mintak tolong kakak atau abang ambik balik dari Pahang. Bukan mintak tolong ambik Kat Pahang pon. Cuma ambik dekat lrt je. Tapi bila turn dieorg asyik aku je kena ambik. Dulu sampai aku fadeup dengan kakak abang, aku balik sendiri je la bawak beg baju dgn beg bola yg berat tu. Sebab tu balik habis belajar dkt poli pon aku tak mintak tolong pon dengan abg kakak ambik dkt Pahang Selamat ada abah tolong aku ambik dekat Muadzam dari kuantan. Abah is the best ever lepas Ayah. Walaupun ada Abah, Ayah tetap nombor satu di hatiku Abah sanggup pergi Muadzam padahal balik KL terus dari Kuantan lagi dekat. Aku rindu abah tapi tu la abah dekat Kuantan. Rindu sangat abah. Semoga abah sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Yang paling terkilan abah tahu aku tak cukup duit nak buat lesen tapi aku anggap abah macam ayah aku memang tak suka nak mintak duit dekat ayah. Dulu Masa dekat poli aku bukan ambik pt tapi aku takde la selalu mintak duit dekat ayah pon. Aku kerja lepas habis kelas pastu masuk Sukma sebab nak pakai duit je. Tapi memang aku minat main petanque tu dari sekolah menengah tapi aku tak menang sangat pon biasa je. Aku paling stress duduk rumah ni semua nak buat benda berkira. Aku malas nak bising2. Duduk rumah ni pon kena bayar sewa. Kalau boleh nnt aku nak beli rumah senang anak2 aku nanti takyah nak sewa walaupun duduk dengan family kena bayar sewa. Kalau campur harta mak dengan ayah boleh buat atau beli rumah sebiji dah teres. Aku stress dah nak Cari duit survive sendiri. Paling aku silap buat keputusan jadi stokis jual air. Agent buat hal tak bayar duit stok aku yang kena tanggung. Aku angan2 nak ambik lesen. Tangguh lagi. Aku bukan nya jenis yang suka mintak duit orang ni. Kalau boleh dapat duit sendiri aku usahakan sampai dapat. Aku syukur sangat ayah bagi motor oren walaupun second hand je motor tu tapi nak masuk 4 tahun dah weh motor tu. Motor tu dah 11 tahun dah. Kuat betul motor tu. Harap aku boleh kuat macam motor oren tu. Tu je la harta yang aku ada. Aku Tak harap harta ape2 pon janji ada rumah selesa dengan kenderaan boleh bergerak je kereta motor. Setakat tu je la untuk hari ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)